Google Fit Platform Diumumkan – Pusat Setempat Untuk Menyimpan Data Kecergasan Dan Kesihatan

Seperti diura-ura akan sebelum ini, di Google I/O hari ini, pihak Google secara rasminya memperkenalkan platform Google Fit, yang mana memfokuskan untuk memantau dan menyimpan data berkaitan kesihatan dan kecergasan.

Google Fit Platform

Google Fit Platform

Antara contoh data yang akan disimpan termasuklah berkaitan dengan langkah perjalanan, jarak anda telah berlari, dan pelbagai perkara lain. Google Fit akan hadir bersama-sama Android “L”, dan pihak Google turut mengumumkan yang mana pelbagai syarikat akan menyokongnya, termasuk Nike, Intel, dan pelbagai syarikat lain.

Google Fit juga dikatakan boleh mengabungkan pelbagai data dan memaparkannya dan menguruskannya pada satu antaramuka. Untuk para pembangun, Google bakal menawarkan API untuk Google Fit dalam beberapa minggu lagi.

Nota: