Google Dilaporkan Sedang Menguji Sokongan Paparan Hangouts Seumpama Chat-Head

Paparan Chat-Head yang digunakan Facebook pada aplikasi Facebook Messenger mereka boleh dikatakan salah satu perkara yang menarik, selain memudahkan anda melihat perbualan yang sedang dilakukan ketika sesuatu masa.

Terkini, pihak Google dilihat turut menguji rekaan dan fungsi yang lebih kurang sama pada Hangouts – tetapi pada desktop. Melalui projek yang dinamakan sebagai Ultra Violet ini, ia membolehkan pengguna melihat perbualan yang sedang dilakukan, disamping mengerakkan sesuatu gambar pengguna tersebut ke sebarang lokasi di desktop.

Hangouts Ultra Violet

Hangouts Ultra Violet

Buat masa ini, ia masih lagi pada peringkat ujian tertutup oleh Google, dan tidak diketahui sama ada fungsi ini akan diperkenalkan kepada umum ataupun sebaliknya. Ia juga tidak diketahui sama ada perkara ini akan hadir sebagai API untuk Chrome, ataupun hanya khusus untuk Hangouts sahaja kelak sekiranya diperkenalkan kepada umum.

Bagi anda, apa kata anda berkenaan dengan sokongan seumpama Chat-Head ini pada desktop? Adakah ia akan memudahkan proses anda berbual dan menggunakan perkhidmatan sembang dan panggilan video ini?

Nota: