Google Dilaporkan Pernah Menawarkan $10 Bilion Untuk WhatsApp

Facebook hari ini telah mengambil-alih WhatsApp pada nilai mencapai $19 bilion, sekaligus mengejutkan ramai pihak. Semestinya bercakap mengenai WhatsApp, satu lagi pihak yang berminat mendapatkannya adalah Google.

Menurut Fortune hari ini, Google dilaporkan pernah menawarkan harga sehingga $10 bilion untuk mendapatkan perkhidmatan permesejan tersebut. Selain daripada harga yang lebih rendah berbanding apa yang ditawarkan Facebook, ia juga dikatakan Google tidak menawarkan sebarang kedudukan di lembaga pengarah seperti yang ditawarkan Facebook.

Seperti biasa pihak Google tidak mengeluarkan sebarang kenyataan rasmi berkaitan dengannya. Google buat masa ini dilihat memfokuskan sepenuhnya kepada perkhidmatan permesejan mereka yang tersendiri – Hangout.

Nota: