Google Dilaporkan Bekerjasama Dengan Audi Untuk Sistem Inforia Kereta Berasaskan Android

Terdapat beberapa sistem inforia kereta yang terdapat di pasaran hari ini, termasuk yang berasaskan Android daripada beberapa pengeluar. Terkini, WSJ mengatakan pihak Google dan Audi mungkin mengumumkan sesuatu berkenaan dengannya pada CES 2014 kelak.

Daripada apa yang dikongsikan, sistem inforia daripada Google untuk Audi ini kelak akan memudahkan pemandu untuk mengakses muzik, navigasi, aplikasi dan bebrapa perkhidmatan yang terdapat di peranti Android hari ini.

Seperti biasa, kedua-dua pihak tidak mengeluarkan komen rasmi buat masa ini.

Sistem inforia berasaskan kepada Android bukanlah sesuatu yang baru di rantau Asia ini, dimana beberapa pengeluar telah sedia menggunakannya. Terbaru, pihak Proton turut menggunakan inforia berasaskan kepada Android pada Suprima S.

Pada masa yang sama, Apple juga turut mempunyai rakan kerjasama yang mengintegrasikan sokongan iOS pada sistem inforia kereta, termasuk pada BMW, Mercedes, Honda, Nissan dan beberapa yang lain.

Nota: