Google Dikatakan Akan Memperkenalkan Android TV Pada Google I/O 2014

GoogleTVGoogle sedia mempunyai platform Google TV. Namun, ia tidak begitu popular digunakan ramai pengeluar, dan telah diperkatakan beberapa kali yang mana Google akan mengubahnya menjadi Android TV. Kini, desas-desus sama kedengaran kembali, mengatakan Google akan memperkenalkannya pada Google I/O 2014 ini.

Android TV akan menjadi platform untuk para pengeluar seperti LG dan lain-lain menggunakannya pada televisyen keluaran mereka. Seperti biasa, Google dijangka akan menawarkan lebih banyak kandungan media melalui Android TV, dimana selain daripada filem, dan sebagainya Google turut dikatakan akan menawarkan permainan berasaskan Android melaluinya. Fokus terhadap permainan ini semestinya menarik minat ramai, yang mana akan menawarkan alternatif kepada menggunakan konsol pada televisyen. Beberapa konsol berasaskan Android turut terdapat dipasaran pada hari ini, namun ia masih kurang berjaya buat masa ini.

Selari dengannya, Google dikatakan akan hadir dengan sebuah antaramuka baru yang dioptimasikan untuk Android TV, yang mana akan menggunakan rekaan berasaskan cards yang sedia popular pada platform Android – dan menggunakannya dalam memaparkan pelbagai info berkaitan media dan sebagainya.

Jadi, sama-sama kita nantikan perkembangan lanjut berkaitan Android TV ini, dan lihat bagaimanakah Google merancang untuk menembusi ruang tamu semua, selain daripada menggunakan Chromecast dan sebagainya.

Nota: