Google Chrome Akan Kurang Menggunakan Memori Bermula Disember 2016 Kelak

Masalah penggunaan memori komputer ketika menggunakan pelayar web Google Chrome bukan sesuatu yang baru. Pembangun pelayar web berkenaan sedia mengimplementasi pelbagai perkara dalam mengurangkan penggunaan memori. Kini melalui penggunaan enjin JavaScript baru kelak, Chrome dijangka akan mengurangkan penggunaan memori dengan drastik.

Google akan menggunakan enjin JavaScript baru bermula daripada Chrome 54 – yang dijangka hadir pada saluran stabil bermula awal Disember 2016 kelak. Melalui ujian awal yang dilakukan Google, mereka mengatakan ia kini menggunakan hampir 50% kurang memori RAM berbanding sebelumya.

Chrome dilihat ingin membolehkan pelayar web mereka digunakan pada pelbagai peranti – terutamanya dengan memori yang rendah. Versi stabil dijangka hadir pada 6 Disember 2016 kelak – tetapi seperti biasa anda boleh mengujinya lebih awal dengan melanggan saluran Beta atau Dev.

| Artikel penuh | Tech lain


Widget not in any sidebars

Nota: