Google Akan Menamatkan Perkhidmatan Schemer Pada 7 Februari

Schemer merupakan salah satu perkhidmatan dalam berkongsi matlamat dan sasaran seseorang bersama yang lain, dan berkongsi pencapaian melaluinya. Kini, seperti diperkatakan sebelum ini, Google secara rasminya mengesahkan bakal menamatkan perkhidmatan Schemer pada bulan Februari kelak.

Google Schemer

Schemer sebelum ini telah dilancarkan dalam bentuk beta, selain mana aplikasi khusus turut disediakan untuk pengguna Android dan juga iOS.

Melalui perkongsian di Google+, pihak Schemer megatakan pengguna kini boleh menggunakan fungsi “Explore” pada Google Maps untuk menemui beberapa perkara menarik untuk dilakukan, ataupun menggunakan aplikasi Field Trip untuk melihat perkara yang unik di sesuatu bandar untuk diterokai anda.

Bagi pengguna Schemer sedia ada, anda boleh memuat-turun data anda dari laman tersebut sehingga 7 Februari 2014 ini sebelum perkhidmatan tersebut bersama-sama data anda dipadam sepenuhnya.

Nota: