Google Akan Menamatkan Laman Sosial Orkut Pada 30 September 2014

OrkutOrkut merupakan salah satu perkhidmatan sosial daripada Google yang telah dimulakan sekitar 10 tahun yang lepas. Kini, dengan perkembangan positif platform YouTube, Google+ dan Blogger, pihak Google mengambil keputusan untuk menamatkan perkhidmatan laman sosial Orkut mereka.

Orkut merupakan salah satu projek yang dibangunkan melalui inisiatif projek 20% didalam Google. Orkut sendiri boleh dikatakan tidak mendapat perhatian yang menyeluruh daripada pihak Google, dan boleh dikatakan angka pengguna platform di Malaysia amat sedikit (atau mungkin tiada?).

Dengan pengumuman rasmi pihak Google ini, kini pengguna diberikan masa selama hampir dua bulan untuk memindahkan data-data mereka ke perkhidmatan lain. Pengguna boleh menggunakan Google Takeout untuk memuat-turun data mereka di Orkut yang mana boleh dimuat-turun sehingga September 2016 kelak.

Nota: