GMail Menambah Butang “Nyah-Langgan” Pada Emel Berbentuk Promosi

Google dalam usaha mengurangkan spam pada emel, selain pada masa yang sama memudahkan pengguna menguruskan GMail mereka, kini menambah sebuah fungsi baru yang memudahkan pengguna nyah-langgan daripada emel-emel berbentuk promosi.

Kadang-kala seseorang pengguna mendaftar untuk perkhidmatan seperti Groupon dan sebagainya, tetapi tidak begitu mengemari emel-emel yang sering memenuhi inbox pengguna. Untuk memudahkan, sebuah pautan pantas dinamakan “Unsubscribe” dipaparkan bersebelahan dengan alamat emel penghantar.

Fungsi ini bakal diperkenalkan secara berperingkat, dan mungkin akan hadir ke pengguna Malaysia dalam beberapa bulan lagi.

Nota: