GMail Membolehkan Anda Emel Rakan-Rakan Google+ Dengan Mudah

Google hari ini mengumumkan pengenalan fungsi baru untuk GMail, iaitu kebolehan untuk menghantar emel kepada rakan-rakan di Google+ dengan mudah, walaupun tidak mengetahui alaman emel mereka.

GMail - Google+

Menggunakannya, pengguna boleh menaip terus nama rakan-rakan di Google+ pada bahagian alamat emel, dan boleh memilih melalui cadangan yang disediakan Google. Walaupun pengguna boleh menghantar emel kepada rakan mereka di Google+, namun alamat emel mereka tidak akan diperlihatkan melainkan pengguna yang menerimanya membalas emel berkenaan.

Seperti biasa, mengambil faktor privasi, Google turut memberikan pilihan untuk pengguna mengaktifkan atau mengawal fungsi tersebut. Pengguna boleh ke Google+, dan menetapkan sama ada ingin menerima emel daripada hanya Circles mereka sahaja ataupun daripada sesiapa – atau tidak ingin menerima langsung.

Kemaskini ini bakal diperkenalkan secara berperingkat oleh Google untuk semua pengguna dalam beberapa hari akan datang.

Nota: