Pembayaran secara elektronik semakin popular akhir-akhir ini. Terkini, salah satu syarikat tempatan yang memfokuskan dalam menghubungkan pengguna kepada doktor dan pakar perubatan, GetDoc telah pun memperkenalkan platform pembayaran mereka tersendiri dinamakan GetDoc Pay.
Melalui aplikasi GetDoc Pay, pengguna akan diperlukan menambah akaun kad kredit atau debit mereka terlebih dahulu pada aplikasi berkenaan, dan seterusnya membuat pembayaran ke akaun pilihan terus melalui aplikasi tersebut. Seperti biasa, pengguna akan diperlukan memasukan kod sesuatu klinik, dan seterusnya memasukkan amaun yang perlu dibayar.
Dengan penggunaanya, ia sekaligus memudahkan anda membuat pembayaran walaupun tidak membawa tunai yang secukupnya. Untuk klinik pula, mereka boleh menerima pembayaran daripada GetDoc Pay ini secara elektronik dan tidak memerlukan sebarang terminal khusus untuk menerima pembayaran daripada kad kredit atau debit.
Buat masa ini, sistem pembayaran ini telah mula digunakan pada sejumlah klinik sekitar Lembah Klang. Pembangunnya sendiri sedang memperluaskan penawaran dan penggunaan platform pembayaran ini ke klinik baru dari hari ke hari.
Layari : GetDoc Pay