Geram punya pasal

Utama

norizuan@hmetro.com.my

Sungai Buloh: Lori tanah dibakar kerana dikatakan terbabit kemalangan sehingga menyebabkan pembonceng motosikal maut, dalam kejadian di depan tapak pembinaan di Puncak Bestari 2, di sini, hari ini.

Difahamkan, lori terbabit dibakar selepas sekumpulan penduduk terbabit tidak berpuas hati dan menganggap kemalangan berpunca kecuaian pemandu kenderaan berat itu, pada 2.30 petang.

Kejadian menyebabkan tiga lori lain di kawasan tapak pembinaan berkenaan turut dirosakkan.

Ketua Polis Daerah Sungai Buloh, Superintendan Dr Abdul Aziz Awang Darus, ketika dihubungi, berkata pihaknya menerima laporan mengenai kejadian, pada 7.30 malam.

Katanya, siasatan mendapati kemalangan membabitkan lori tanah dan Honda Wave.

“Kejadian menyebabkan remaja lelaki berusia 19 tahun yang memboceng motosikal terbabit meninggal dunia di tempat kejadian manakala rakannya cedera.

“Siasatan awal mendapati selepas kemalangan, sekumpulan penduduk datang dan membakar lori dan memecahkan cermin tiga lori lain di kawasan itu.

“Bagaimanapun, punca kejadian masih dalam siasatan,” katanya ketika dihubungi.

Menurut, mayat mangsa dihantar ke Hospital Sungai Buloh, di sini, untuk bedah siasat.

Katanya, siasatan masih dilakukan bagi mengenalpasti punca kemalangan dan kejadian membakar lori itu.

Image: 
Norizuan Shamsuddin

Sungai Buloh: Lori tanah dibakar kerana dikatakan terbabit kemalangan sehingga menyebabkan pembonceng motosikal maut, dalam kejadian di depan tapak pembinaan di Puncak Bestari 2, di sini, hari ini.

| Artikel @ berita penuh



Widget not in any sidebars


| Lagi di INSPIRASI | BERITA | TECH | BLOG

Nota: