Geng samun cedera ditembak polis

Utama

nurul.hidayah@hmetro.com.my

Sungai Buloh: Seorang lelaki disyaki terbabit dengan kes samun di Kuang di sini, cedera ditembak polis ketika cuba melarikan diri hari ini.

Ketua Polis Daerah Sungai Buloh Superintendan Dr Abdul Aziz Awang Darus berkata, sepasukan polis yang membuat rondaan berhampiran Penjara Sungai Buloh di sini, menemui kenderaan pelbagai guna (MPV) Naza Kia dinaiki suspek berusia 40 tahun bersama rakannya ytang dalam keadaan mencurigakan.

“Ketika anggota menghampiri MPV itu, suspek memecut kenderaannya dan menurunkan rakannya di tepi jalan sebelum meneruskan perjalanan sehingga ke Jalan DC 4/3, Desa Coalfields, di sini, berhampiran sebuah pasar raya.

“Anggota polis terpaksa melepaskan lima das tembakan ke arah kereta suspek yang mengenai bahu kiri suspek serta belakang kiri kenderaan,” katanya pada sidang media di lokasi kejadian.

Suspek dikenali sebagai Rizal, dipercayai dalang utama geng samun, yang cedera dihantar ke Hospital Sungai Buloh untuk rawatan.

“Kita masih memburu tiga lagi ahli kumpulan samun Geng Rizal Kundang itu termasuk seorang wanita dan lelaki yang disyaki terbabit dengan kes samun di Kuang, minggu lalu,” katanya.

tembak penjenayah samun
Image: 
Nurul Hidayah Bahaudin

Sungai Buloh: Seorang lelaki disyaki terbabit dengan kes samun di Kuang di sini, cedera ditembak polis ketika cuba melarikan diri hari ini.

| Berita penuh | Berita lain


Widget not in any sidebars

Nota: