Gempar: Kota London Diserang Oleh Ribuan Lebah

Fuh.My
Fuh.My – Mencetus Fenomena

Gempar: Kota London Diserang Oleh Ribuan Lebah | Kota London telah menjadi gempar apabila sekumpulan lebah madu yang terdiri daripada beribu-ribu ekor telah bersarang di hadapan kedai di tengah-tengah kotaraya London dan turut mengerumuni pejalan kaki.

Lebah-lebah tersebut telah bersarang pada papan tanda jualan murah di hadapan cermin kedai pakaian berjenama Topshop di Jalan Victoria, menjadikan butik fesyen itu seolah menanyangkan hamparan serangga pada cermin hadapan kedai.

Seorang wanita telah dikerumuni oleh serangga tersebut dan telah difotokan yang menunjukkan bagaimana dia berusaha keras berjalan dalam keadaan dihurungi lebah sambil sedaya upaya mengelak daripada disengat.

lebah1 Gempar: Kota London Diserang Oleh Ribuan Lebah

Dalam pada itu, di Southsea, seorang pelajar bernama George Heal, 21 tahun, terkejut besar apabila melihat kereta Nissan Micra miliknya yang diletakkan di luar rumah, dilitupi oleh sekumpulan lebah yang terdiri lebih daripada 20,000 ekor! Eeee gelinya Zyra tengok >_<

Pakar berpendapat bahawa ia adalah perkara yang biasa untuk lebah madu berterbangan berkumpulan di kawasan sekeliling dan membina sarang baru pada waktu begini dalam tahun ini. Pelajar biologi marin tersebut berkata: “Salah seorang daripada rakan serumah saya menunjuk ke arah kereta saya dan ia hanya dekelilingi oleh lebah. Ia bukan sesuatu yang anda lihat setiap hari. Saya percaya mereka semua telah pergi sekarang tetapi saya semestinya akan memeriksa kereta itu sebelum saya masuk ke dalamnya.”

Tempat membuat sarang lebah yang ganjil adalah ditentukan dan dipilih oleh permaisuri lebah, yang akan mendarat terlebih dahulu pada satu-satu tempat dan akan diikuti dengan pantas oleh seluruh koloninya yang setia. Sekumpulan penduduk London berhenti untuk mengambil gambar keadaan luarbiasa di hadapan kedai Topshop itu, yang terletak di tengah-tengah bandar yang sibuk.

lebah Gempar: Kota London Diserang Oleh Ribuan Lebah

Tony Mann, seorang pengurus projek di kedai berhampiran dan merupakan seorang penjaga lebah yang terlatih, bergegas pergi ke kedai tersebut bagi membantu mengetuai usaha manghalau keluark oloni lebah madu Eropah tersebut. Dia berkata terdapat sesetengah lebah yang terbang berlegar di sekitar kawasan ‘seperti pengakap yang sedang cuba mencari tempat yang terbaik untuk pergi seterusnya’.

Koloni tersebut kemudiannya selamat dipindahkan ke seberang jalan iaitu ke Westminster Cathedral, dimana ia akan dijaga oleh penjaga lebah di atas bumbung gereja Katolik tersebut. Tidak diketahui dari mana datangnya lebah-lebah tersebut, tetapi beberapa kedai di kawasan tersebut sememangnya mempunyai sarang lebah mereka sendiri.

Gill Maclean, dari British Beekeepers Association berkata: “Mereka melakukan apa yang sering dilakukan oleh lebah madu dan tidak mempunyai minat terhadap manusia. Sebelum meninggalkan sarang mereka yang terdahulu, lebah akan memenuhkan perut mereka dengan madu, tujuan mereka hanyalah untuk mencari penempatan baru dan membina koloni yang baru. Selagi lebah tersebut tidak diganggu, mereka tidak akan menggangu manusia tetapi mustahak untuk lebah-lebah ini ditangkap oleh penjaga lebah yang berpengalaman.”

If you enjoyed this post, you should read this: Kem Latihan Ala Tentera Untuk Budak Perempuan Di Korea Selatan

Gempar: Kota London Diserang Oleh Ribuan Lebah
zyra roxx

Nota: