Gementar kembar

Utama

am@hmetro.com.my

Ipoh: Kembar kacukan Jepun antara calon yang menduduki peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) di Sekolah Kebangsaan (SK) Jelapang di sini, hari ini.

Kembar berkenaan, Azfar Haruya Amir Shahrul dan Malikah Asna Amir Shahrul, 12, melahirkan perasaan gementar menduduki peperiksaan kali pertama di negara ini.

Azfav berkata, ibunya adalah berketurunan Jepun dan bapanya Melayu.

“Saya di rumah bertutur dalam bahasa Jepun dan hanya bertutur Bahasa Melayu ketika di sekolah.

“Bapa kamilah yang paling banyak membantu dan memberi dorongan untuk belajar,” katanya

Katanya, dia dan kembarnya tidak pernah menghadiri tuisyen di luar tetapi menumpukan pelajaran di sekolah dan lebih banyak mendapat didikan oleh bapanya di rumah.

Azhav berkata, dia pernah mewakili Perak bagi bertanding kategori junior dalam sukan tenis.

Sementara itu, di Kuala Nerus, kembar, Norliana Natasha dan Nor Alia Natasha Rafi, 12, berharap menjadi pasangan pertama memperoleh 6A dalam Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR).

NORLIANANNatasha dan Nor Alia berharap memperoleh 6A. FOTO Aswadi Alias

Mereka antara 67 murid Sekolah Kebangsaaan Seberang Takir (SKST) yang ditemui selepas Majlis Perjumpaan dengan Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Sains, Teknologi dan Transformasi Negeri Bazlan Abd Rahman.

Menurut Norliana Natasha, dia dan adik kembarnya berazam sebelum ini untuk melakar sejarah bagi mencapai keputusan cemerlang di dalam peperiksaan berkenaan.

“Kami mengulangkaji pelajaran bersama-sama di rumah dan secara berkumpulan bersama rakan di sekolah dengan harapan memperoleh 6A.

“Biar pun peperiksaan UPSR kali ini lebih mencabar kerana ada penambahan kertas Bahasa Inggeris 2 tetapi kami tetap fokus serta yakin mampu memberikan yang terbaik,” katanya.

Turut hadir, Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu (JPNT) Shafruddin Ali Hussin dan Guru Besar SKST Ismail Abdullah

Image: 
Image: 
Balqis Jazimah Zahari

Ipoh: Kembar kacukan Jepun antara calon yang menduduki peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) di Sekolah Kebangsaan (SK) Jelapang di sini, hari ini.

| Berita penuh | Berita lain


Widget not in any sidebars

Nota: