Gegaran Gempa Bumi Yang Kuat Melanda Myanmar Dan Selatan Thailand

Fuh.My
Fuh.My – Mencetus Fenomena

Gegaran Gempa Bumi Yang Kuat Melanda Myanmar Dan Selatan Thailand | BANGKOK (AP) — Pihak berkuasa telah mengumumkan bahawa seorang telah terbunuh dan beberapa lagi cedera dalam kejadian gempa bumi yang melanda selatan Thailand dan Myanmar semalam, yang memusnahkan tingkap, meretakkan dinding dan jalan, serta merosakkan kuil Buddha.

Lapangan terbang di Chiang Rai, sebuah bandar di selatan Thailand, telah memindahkan orang ramai dari terminalnya, dimana papan tanda dan serpihan siling jatuh menimpa bumi. Bagaimanapun, tidak terdapat sebarang kerosakan berlaku pada landasan mahupun ganguan penerbangan, menurut Pengurus Besar lapangan terbang tersebut, Damrong Klongakara.

Sebuah kuil yang dikenali ramai berhampiran bandar tersebut, Wat Rongkhun yang berwarna putih keseluruhannya, telah ditutup atas sebab-sebab keselamatan setelah berlakunya gempa bumi itu.

2d9c8e29c00b6011530f6a7067001e75 Gegaran Gempa Bumi Yang Kuat Melanda Myanmar Dan Selatan Thailand

“Tiang daripada bangunan utama telah patah dan jubin dari bumbung telah jatuh,” menurut Chalermchai Kositpiphat yang merupakan artis yang mereka kuil tersebut. “Saya masih tidak tahu bagaimana saya nak tidur malam ini … Gegaran berlaku sepanjang masa dan gegaran susulan berlaku empat ke lima kali selepas itu.”

Sumber memaklumkan kepada the Associate Press bahawa wanita berusia 83 tahun merupakan mangsa yang maut dalam kejadian tersebut setelah dihempap oleh dinding rumahnya apabila ia runtuh semasa gempa berlaku. 25 orang lagi mengalami kecederaan, yang kebanyakannya tercedera akibat terkena serpihan siling atau barang-barang yang terdapat di dalam rumah.

Jabatan Meterologi Thailand berkata magnitud gempa tersebut berskala 6.3 manakala Tinjauan Geologi Amerika Syarikat mengukurnya sebagai 6.0 dan memaklumkan bahawa pusarannya adalah 9 kilometer dari selatan Mae Lao dan 27 kilometer dari barat barat daya Chiang Rai. Kedalamannya pula adalah sedalam 7.4 kilometer. Gegaran yang cetek lazimnya mengakibatkan lebih banyak kerosakan.

Gempa sering berlaku di Asia Tenggara dan negara berhampiran.  Gempa bumi yang berskala 9.1 magnitud yang terjadi di Pulau Sumatra, Indonesia pada Disember 2004, telah menyebabkan tsunami berlaku di Lautan Hindi yang telah mengorbankan lebih daripada 8,000 manusia di perairan pantai Thailand, daripada keseluruhan angka korban yang mencecah 240,000 orang.

Kejadian gempa bumi yang terakhir berlaku di Thailand adalah berskala 5.1 magnitud yang berlaku pada Disember 2006, di daerah Chiang Mai.

Sumber: The Associate Press (AP)

Incoming search terms:

If you enjoyed this post, you should read this: People

Gegaran Gempa Bumi Yang Kuat Melanda Myanmar Dan Selatan Thailand
zyra roxx

Nota: