Gangguan Akses Internet Di Asia Tenggara – Kabel AAG Menghadapi Masalah

Masalah yang dialami pada kabel dasar laut bukan sesuatu yang baru, dan terkini, kabel AAG yang menghubungkan trafik data ke Amerika Syarikat dilihat menghadapi masalah, sekaligus membuatkan akses internet ke beberapa laman web menjadi perlahan berbanding kebiasaan.

Melalui akaun Twitter, pihak Telekom Malaysia mengatakan yang mana mereka telah memulakan proses untuk membaik-pulih, dan ia mungkin akan mengambil sedikit masa sebelum ia selesai sepenuhnya.

Menurut beberapa laporan, ia dikatakan kabel sekitar Hong Kong ke Vietnam menghadapi masalah – sekaligus memberikan impak kepada akses internet untuk pengguna di Asia Tenggara. Memandangkan data yang sepatutnya melalui kabel tersebut akan diubah-hala mengikut laluan lain, maka ia akan membuat kelajuan internet sedikit perlahan berbanding kebiasaan.

Pihak Telekom Malaysia dijangka akan berkongsi lebih maklumat mengenainya dari masa ke masa.

Nota: