Gamer’s Hideout Menyenaraikan PlayStation 4 Pada Harga RM1499

Gamer’s Hideout sebelum ini telah sedia mengatakan yang mana harga PlayStation 4 di Malaysia kelak akan dibawah RM1699. Kini, mereka menyenaraikan ia pada harga RM1499 dan telah mula mengambil pra-tempahan untuknya.

Gamer’s Hideout Menyenaraikan PlayStation 4 Pada Harga RM1499

Konsol terbaru daripada Sony ini dijangka akan dijual bermula bulan Disember kelak, berkemungkinan besar sebelum Hari Natal.

Buat masa ini, tiada sebarang bundle yang diumumkan. Pihak Gamer’s Hideout mengatakan mereka akan menawarkan aksesori untuk PlayStation 4 tidak lama lagi.

Jadi, apa kata anda berkenaan harga PlayStation 4?

Nota: