Senarai permainan percuma untuk bulan Julai bagi pelanggan PlayStation Plus akhirnya diumumkan oleh Sony. Untuk tiga bulan berturut-turut permainan dari Telltale Games disertakan. Kali ini tiba giliran Game of Thrones : The Complete Season adalah antara yang ditawarkan percuma pada PlayStation 4.
Selain daripada itu Fat Princess Adventures versi PlayStation 4 juga ditawarkan bagi yang meminati permainan yang kelihatan seperti sel animasi. Senarai lengkap kesemua permainan yang ditawarkan adalah seperti di bawah. Muat turun boleh dilakukan dari 6 Julai sehingga 2 Ogos 2017. Akhir sekali bagi yang ingin membeli The Walking Dead Season 2, potongan harga sebanyak 20% turut ditawarkan.
- Game of Thrones: The Complete Season (PS4)
- Fat Princess Adventures (PS4)
- Deception IV: The Nightmare Princess (PS4)
- Element4l (PS4, PS Vita)
- Hatoful Boyfriend (PS, PSVita)
- Eat Them! (PS3)