Gambar Samsung Galaxy Note 3 Neo Tertiris Ke Web

Samsung sedia memperkenalkan pelbagai variasi Galaxy S4 pada tahun lepas, dan kini dilihat mereka turut akan melakukan perkara sama untuk phablet mereka, Galaxy Note 3. Salah satu yang akan hadir tidak lama lagi adalah Galaxy Note 3 Neo.

Galaxy Note 3 Neo

Mengikut spesifikasi yang tertiris sebelum ini, Galaxy Note 3 Neo dijangka akan membawakan cip pemprosesan enam-teras (gabungan 1.7GHz dwi-teras dan 1.3GHz empat-teras), serta memori 2GB RAM dan bateri berkapasiti 3100mAh.

Dari segi fungsi, ia dikatakan akan mengekalkan pelbagai fungsi yang dibawakan Galaxy Note 3 sebelum ini.

Samsung dikatakan akan memperkenalkan Galaxy Note 3 Neo ini pada bulan hadapan di MWC 2014.

Galaxy Note 3 Neo

Nota: