Gambar Pernikahan Misha Omar Dan Firos

Fuh.My
Fuh.My – Mencetus Fenomena

Gambar Pernikahan Misha Omar Dan Firos | Alhamdulillah satu lagi masjid berjaya dibina. Penyanyi Misha Omar atau nama sebenarnya Samihah@Aisah Omar selamat diijabkabulkan dengan jejaka pilihannya Firos Ezzwan Rossly, 32, dengan sekali lafaz di Hotel Renaissance, Kota Bharu, jam 9.30 pagi ini.

Pasangan yang memakai persalinan putih itu berwalikan abang Misha, Mohd Rose Omar.

Pihak perempuan menerima enam dulang berbalas lima kepada pihak lelaki dengan mas kahwin gelang emas.

Penyanyi berusia 32 tahun itu bakal bersanding pada malam ini di hotel yang sama.

Misha dan Firos mengikat pertunangan pada 22 Februari 2012.

Pada Jun 2013, Misha Omar mengumumkan akan bernikah pada Februari 2014 selepas tertangguh begitu lama kerana berjauhan kerana tugas masing-masing.

Walaubagaimanapun, majlis perkahwinan Misha pada Februari terpaksa ditangguhkan selepas bapanya Omar Ismail meninggal dunia pada 30 November 2013.

Gambar Pernikahan Misha Omar Dan Firos

Gambar – Roti Kaya

Incoming search terms:

If you enjoyed this post, you should read this: safecss

Gambar Pernikahan Misha Omar Dan Firos
Dr Fuh

Nota: