Gambar LG Lifeband Touch Tertiris Ke Arena Web

LG Lifeband TouchLG sebelum ini telah diperkatakan akan hadir dengan dua peranti-boleh-pakai pada tahun 2014, dan menariknya, kini salah satu gambar tertiris, berkemungkinan merupakan salah satu daripadanya.

Dinamakan sebagai LG Lifeband Touch, ia dilihat mungkin memfokuskan kepada penggunaan ketika bersukan dan juga memfokuskan kepada kesihatan, seperti beberapa yang lain, termasuk Fitbit.

Buat masa ini, ia tidak diketahui lagi bilakah LG akan mengumumkannya secara rasmi. Selain daripada LG, beberapa syarikat lain turut dijangka akan menyertai arena sama, termasuk salah satunya adalah Samsung.

Nota: