Gambar iPad Air 2 Bocor

Memandangkan keghairahan berkaitan pelancaran iPhone 6 dan 6 Plus semakin reda, masa untuk beralih pandangan ke iPad pula dan terbaru, gambar casing perlindungan kepada apa yang dipercayai iPad Air 2 telah bocor di web dengan memperlihatkan satu lubang misteri.

leakediphonecase-578-80

leakediphonecase-578-80

Gambar iPad Air 2 Bocor

Satu gambar casing perlindungan kepada apa yang dipercayai iPad Air 2 telah bocor di internet dan memperlihatkan satu  lubang misteri pada casing itu yang tidak diketahui fungsinya. Walaupun pada mulanya ia tidak kelihatan luarbiasa, jika diperhatikan casing itu, terdapat lubang kecil itu terletak di sebelah lubang yang dibuat untuk kamera utama iPad tersebut.

Memandangkan kedudukannya yang berhampiran dengan kamera, banyak spekulasi telah timbul mengenai persoalan lubang misteri itu. Ada yang mengatakan ia merupakan ruang untuk teknologi bantuan kamera, sistem fokus yang dibantu lazer dan ada juga yang mengatakan ia merupakan ruang untuk flash. Maklumat yang ada terlalu sedikit untuk membuat anggaran.

Acara Pelancaran

Laman web The Daily Dot pula mengatakan Apple akan mengadakan satu lagi acara pelancaran pada 21 Oktober ini, di mana ia akan melancarkan OS X Yosemite dan juga model-model iPad baru termasuk iPad Air 2 dan iPad Mini 3. iPad-iPad ini dijangka akan dilengkapi cip NFC dan Touch ID bagi membolehkannya menggunakan kemudahan Apple Pay yang baru dilancarkan itu.

Apa pun, satu bulan bukan masa yang begitu lama untuk menunggu untuk melihat pelancaran produk-produk ini. Nantikannya.

The post Gambar iPad Air 2 Bocor appeared first on TechKini.com.

Nota: