Gambar HTC One 2014 / HTC M8 Tertiris Dengan Bekas Pelindung

HTC M8 PelindungDengan tarikh 25 Mac yang kini dinantikan ramai untuk melihat telefon pintar Android terbaru daripada HTC, pihak @evleaks telah mengeluarkan sebuah lagi gambar baru memperlihatkan HTC One generasi baru dengan bekas pelindung.

Secara kasarnya, ia masih mengekalkan ciri-ciri rekabentuk seumpama peranti generasi pertamanya, tetapi membawakan beberapa perubahan termasuk dari segi penggunaan butang atas skrin dan juga rekabentuk HTC Sense 6.0 yang baru.

Kamera hadapan juga dilihat bersaiz sedikit besar berbanding sebelum ini. @evleaks juga turut mengatakan terdapat lensa kamera kedua pada bahagian belakang – selari dengan beberapa gambar yang tertiris sebelum ini.

HTC One generasi baru ini bakal diumumkan oleh HTC pada 25 Mac kelak, dan mungkin kita akan mendengar lebih lanjut mengenai pelbagai ciri-ciri yang dibawakan olehnya pada ketika itu.

Nota: