Gambar Dan Spesifikasi Motorola Moto E Tertiris Ke Arena Web

Motorola sebelum ini telah berjaya menawarkan peranti mampu milik melalui Motorola Moto G dan kini pihak Motorola ingin meneruskan legasinya menerusi Motorola Moto E. Dengan hanya tinggal beberapa hari sahaja lagi untuk dilancarkan, gambar dan spesifikasi Motorola Moto E telah tertiris ke arena web.

Melalui gambar yang didedahkan, rekabentuk Moto E membawakan sedikit perbezaan terutamanya bahagian hadapan peranti yang kini hadir dengan dua pembesar suara padanya. Pada bahagian belakang peranti ini dilihat kelihatan lebih kurang sama seperti Motorola Moto G namun tidak disertakan dengan sokongan LED flash pada bahagian kamera.

Motorola Moto E

Motorola Moto E dikatakan akan hadir dengan skrin 4.3-inci, pemprosesan empat-teras 1.2GHz, memori 1GB RAM, dan muatan dalaman 4GB dengan sokongan kad MicroSD. Motorola Moto E turut tampil dengan kamera 5-megapiksel namun tidak dilengkapi dengan sebarang kamera hadapan seperti Moto G.

Peranti daripada Motorola ini dijangka akan dilancarkan pada 13 Mei ini dan semestinya bakal menarik minat ramai pihak yang inginkan peranti berspesifikasi pertengahan pada harga yang lebih rendah berbanding Moto G. Sama-sama kita nantikannya.

Nota: