Galaxy S5 Bakal Menyertakan Skrin Bersaiz 5.2-inci, Kamera Lebih Baik

Samsung bakal memperkenalkan telefon pintar baru, Galaxy S5 dalam masa beberapa hari sahaja lagi, dan hari ini Bloomberg hadir dengan beberapa info baru berkenaan telefon pintar Samsung Galaxy S5 tersebut.

Ia dikatakan, Galaxy S5 akan menggunakan skrin bersaiz 5.2-inci dan membawakan paparan yang lebih jelas berbanding Galaxy S4. Penggunaan saiz skrin yang lebih besar ini sekaligus membuatkan perbezaan saiz skrin antara telefon pintar dan phablet Samsung tidak begitu jauh berbeza.

Disamping itu, Samsung juga bakal menyertakan perubahan lain, iaitu dari segi bateri dan kamera yang lebih baik.

Mengikut beberapa info sebelum ini, telefon pintar yang sama juga dijangka akan menyertakan sokongan pengimbas cap jari, selain antaramuka peranti yang dikemaskini.

Seperti biasa, kami akan membawakan kemaskini langsung daripada acara yang dijadualkan pada 24 Februari ini.

Nota: