Galaxy Note 10.1 (2012) Sedia Dikemaskini Kepada Android 4.4.2 KitKat

Pada tahun 2012 yang lepas, pihak Samsung telah memperkenalkan salah satu tablet yang hadir dengan sokongan S-Pen, iaitu Galaxy Note 10.1. Kini, selang dua tahun, pihak Samsung masih dilihat menawarkan kemaskini untuknya, dan telah hadir dengan kemaskini Android 4.4.2 KitKat untuk peranti berkenaan.

Kemaskini Android 4.4.2 KitKat ini ditawarkan dalam bentuk OTA dan juga melalui Kies, dimana bersama-sama dengannya ia menyertakan beberapa sokongan baru. Antara fungsi baru yang hadir adalah termasuk prestasi pemprosesan yang ditambah baik, sedikit perubahan pada elemen antaramuka, masa bertahan bateri yang lebih lama, sokongan percetakkan tanpa-wayar, dan kebolehan menetapkan aplikasi utama untuk permesejan.

Bagi anda yang mempunyai tablet ini, anda mungkin akan menerima notifikasi dan boleh memuat-turun kemaskini bersaiz sekitar 800MB ini. Untuk menyemak sendiri, anda boleh ke halaman tetapan, dan kemudian membuat kemaskini perisian melalui halaman About.

Nota: