Galaxy K Zoom Akan Ke Pasaran Malaysia Pada Bulan Jun

Bersama-sama dengan pelancaran Galaxy K Zoom untuk pasaran Malaysia, pihak Samsung Malaysia turut berkongsi mengatakan kamera dengan sokongan telefoni ini bakal hadir ke pasaran Malaysia sekitar bulan Jun kelak.

Apa pun, harga jualannya masih tidak diketahui buat masa ini.

Galaxy K Zoom

Galaxy K Zoom merupakan keluarga peranti baru daripada Samsung yang dilihat memfokuskan kepada sokongan kamera, disamping melengkapkan ia dengan pelbagai fungsi-fungsi menarik daripada telefon Galaxy.

Ia turut dilengkapi dengan beberapa fungsi khusus, termasuk antaranya adalah AF/AE Separation (Auto Focus/Auto Exposure Separation), Selfie Alarm, Pro Suggest dan beberapa yang lain.

Nota: