Galaxy Gear Baru Dijangka Diumumkan Minggu Hadapan – Mungkin Menggunakan Tizen?

Bersama-sama dengan Galaxy S5, pihak Samsung turut dilihat akan memperkenalkan Galaxy Gear 2, iaitu jam tangan pintar daripada Samsung yang berfungsi bersama-sama dengan telefon pintar mereka.

Apa pun, mengikut spekulasi baru hari ini, ia dikatakan jam tangan pintar daripada Samsung ini akan menggunakan sistem operasi Tizen dan bukannya Android seperti sebelum ini.

Tizen merupakan salah satu projek sumber terbuka yang dilihat menerima sokongan ramai pengeluar peranti, termasuk Intel dan beberapa yang lain. Ia dikatakan Galaxy Gear baru ini akan menggunakan sebuah variasi versi HTML5 untuk Tizen dan berbeza dengan versi Tizen penuh.

Apa pun, ia boleh dikatakan hanya spekulasi sahaja buat masa ini. Dan sekiranya Tizen digunakan, mungkin nama peranti turut akan berubah memandangkan Samsung menggunakan nama “Galaxy” untuk peranti Android mereka.

Nota: