Fungsi Dwi-Kamera Pada HTC One M8 Dikongsikan Melalui Gambar Iklan Yang Tertiris

HTC One M8 atau HTC One 2014 bakal diperkenalkan dalam masa lebih kurang dua minggu lagi, dan seperti semua sedia maklum, salah satu perkara yang masih tertanya-tanya oleh kebanyakkan pengguna adalah berkaitan dengan fungsi dwi-kamera pada bahagian belakang.

Melalui sebuah gambar iklan yang tertiris ke arena web hari ini, sokongan “Duo Camera” pada bahagian belakang dikatakan menawarkan sokongan rakaman yang lebih baik pada keadaan cahaya rendah, serta memberikan kesan tambahan berbentuk 3D pada gambar. Ia turut dikatakan yang mana peranti baru ini bakal membolehkan pengguna untuk memilih fokus pada gambar selepas rakaman dilakukan.

HTC One M8

Disamping bahagian kamera, ia turut diketahui yang mana Sense 6.0 bakal menyertakan pelbagai fungsi baru, termasuk sokongan dwi-tap untuk mengaktifkan skrin.

Seperti biasa, memandangkan ia hadir daripada gambar yang tertiris, maka kesahihan penuhnya tidak diketahui. Apa pun, segalanya bakal terjawab sepenuhnya pada 25 Mac kelak.

Nota: