Fungsi Desktop Maya Pada Windows 9 Dipertontonkan Melalui Video

Melalui gambar tertiris sebelum ini, ia sedia diketahui yang mana Microsoft akan menyertakan fungsi desktop maya pada sistem operasi generasi baru mereka. Kini, sebuah video baru hadir memperlihatkan dengan lebih dekat bagaimanakah fungsi tersebut akan kelihatan.

Windows 9 Threshold

Menggunakan fungsi ini, pengguna boleh membuat beberapa desktop, dan membahagikan kerja mereka, serta memudahkan proses multi-tasking dan pengurusan tugas.

Apa pun, ia tidak diketahui lagi sama ada Microsoft akan menetapkan had untuk berapa banyak desktop maya boleh ditambah ataupun sebaliknya.

Microsoft dijangka akan berkongsi maklumat lanjut mengenai Windows 9 tidak lama lagi, dan mungkin versi Technical Preview turut akan ditawarkan pada penghujung bulan ini.

Nota: