Fuh! Perkahwinan Bertemakan Kisah Dongeng Shrek!

Fuh.My
Fuh.My – Mencetus Fenomena

Fuh! Perkahwinan Bertemakan Kisah Dongeng Shrek | Assalaamualaikum warahmatullahi wabarakaatuh. Ramai kanak-kanak yang sukakan kisah dongeng tetapi ada juga yang tidak dapat melupakan keseronokan dengan kisah dongeng yang mereka saksikan sehingga dewasa.

Apa pendapat kamu kalau kisah dongeng menjadi satu medium menentang barah? Kisah dongeng selalu dikaitkan dengan bahagia selamanya. Barah pula dikaitkan dengan penderitaan. Agak ironi apabila kedua-duanya bergabung.

Amanda dan Nathan Gibbs berpakaian kostum lengkap pada hari besar mereka untuk mengumpul duit untuk tujuan kebajikan. Setiap pengantin perempuan mengimpikan perkahwinan seperti kisah dongeng yang diadakan dengan cukup indah.

Namun begitu, Amanda Gibbs berazam untuk menjadikan hari besarnya sebagai hari yang akan diingati. Untuk tujuan itu, dia mengecat dirinya dengan warna hijau bersempena dengan filem Shrek. Dia yang berusia 44 tahun mengahwini tunangnya Nathan, 39, dalam kostum lengkap.

Pasangan tersebut telah merancang sebuah majlis kecil setelah bersama selama 8 tahun, tetapi etelah kehilangan beberapa orang kawan disebabkan barah, mereka yang menjalankan perniagaan perkhidmatan menggosok, memutuskan untuk memakai kostum pasangan kisah dongeng dan menggunakan hari itu untuk mengutip derma untuk kebajikan.

Mereka dikahwinkan di Dewan Priory di Taman Priory, Dudley, Midlands Barat. Tetamu yang hadir turut memakai pakaian mengikut tema kisah dongeng seperti Gingerbread Man, Mickey Mouse, dan Jack Sparrow daripada filem Pirates of The Carribean. Pasangan yang berkahwin itu meminta tetamu yang hadir untuk mendermakan duit untuk Kajian Barah menggantikan hadiah.

Mr Gibbs berkata,”Dalam tempoh 15 bulan yang lepas, kami telah kehilangan 7 pelanggan disebabkan barh. Ia sangat menghancurkan hati kami. Kami mahu melakukan sesuatu untuk meningkatkan kesedaran tentang barah dan menggalakkan orang ramai untuk pergi melakukan pemeriksaan.”

Nathan Gibbs and Amanda Billingtons Shrek themed wedding 2949899 300x199 Fuh! Perkahwinan Bertemakan Kisah Dongeng Shrek!

Bekas tukang batu itu mengatakan yang pasangan tersebut pernah bergurau yang mereka akan mengadakan perkahwinan ala-ala kisah dongeng. “Ia adalah gurauan di antara kami. Semua kawan kami mula berkahwin dan saya berkata “Apabila kita lakukannya, kita akan mengadakan perkahwinan kisah dongeng. Saya akan menjadi Shrek dan awak boleh menjadi Puteri Fiona.”

“Awal tahun ini kami mengadakan kutipan derma untuk Kajian Barah dan kami bercakap tentang apa lagi yang kami boleh lakukan, apabila Shrek disiarkan di TV. Kami berpaling ke arah satu sama lain dan ketawa.”

Nathan Gibbs and Amanda Billingtons Shrek themed wedding 2949901 300x199 Fuh! Perkahwinan Bertemakan Kisah Dongeng Shrek!

Rancangan perkahwinan berjalan lancar sehinggalah mereka mendapat berita buruk.”Kakak saya Dona didiagnos mempunyai barah payudara. Ia sangat mengejutkan. Kami berusaha melakukan sesuatu untuk membantu orang lain dan kemudian, ia berlaku kepada kami.” Nasib baik kakak Mr Gibb telah bebas barah tetapi pasangan tersebut semakin berazam untuk meningkatkan kesedaran tentang penyakit itu.

Mr Gibbs berkata,”Kami mengalami hari yang hebat hari ini dan ia adalah hebat untuk memikirkan yang duit terkumpul akan menolong untuk menaja mereka yang diserang barah dan keluarga mereka. Jika kisah ini mendorong walau seorang yang menjumpai seketul benjolan dan memeriksanya, kami telah berjaya.”

Hebat bukan? Macam mana ye perkahwinan Teacher Muja nanti? Teacher Muja pun nak juga perkahwinan yang diingati. Ekekeke. Wassalaam.

If you enjoyed this post, you should read this: safecss

Fuh! Perkahwinan Bertemakan Kisah Dongeng Shrek!
muja

Nota: