Fuh! Gambar Piramid Diliputi Salji, Benar Ke Bohong?

Fuh.My
Fuh.My – Mencetus Fenomena

Fuh! Salji Di Mesir Benar Ke Bohong? | Assalaamualaikum warahmatullahi warahmatullahi wabarakaatuh. Bermula semalam kalau tak silap, facebook Teacher Muja dipenuhi dengan cerita tentang salji yang dikatakan turun di Mesir. Teacher Muja sendiri ada menghubungi adik yang tinggal di sana dan beliau mengatakan kejadian itu memang benar-benar berlaku di Cairo.

Gambar piramid diliputi salji itu pada mulanya ditweet dan mula dikongsi oleh ribuan orang. Peristiwa ganjil sudah semestinya menarik perhatian ramai. Malangnya, gambar itu dikatakan telah diedit supaya menampakkan pyramid tersebut diselapuit oleh salji. Agak mengecewakan apabila mengetahui perkara ini bukan? Tertipu lagi.

salji turun di Mesir 300x199 Fuh! Gambar Piramid Diliputi Salji, Benar Ke Bohong?

Benar atau Bohong?

Ternyata gambar yang memaparkan piramid di Mesir yang telah dikongsi oleh ribuan orang di Twitter dan Facebook adalah palsu. Sepalsu kisah Villa Nabilla mungkin. Gambar tersebut menampakkan seolah-olah piramid yang merupakan salah sebuah keajaiban dunia di Giza, berdekatan dengan Cairo itu, diselimuti dengan lapisan salji yang agak tebal.

Semenjak ia diposkan semalam, ia telah diretweet sebanyak hampir 10,000 kali. Hebat sungguh penangan media sosial ni. Tidak seperti gambar Sphinx palsu yang sebenarnya adalah replika Sphinx taman tema Jepun yang telah diviralkan pada hari Jumaat, gambar piramid itu adalah gambar sebenar piramid Giza tetapi diedit daripada sebuah gambar lama yang menunjukkan gambar piramid tanpa salji.

piramid bersalji palsu 219x300 Fuh! Gambar Piramid Diliputi Salji, Benar Ke Bohong?

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Gambar yang telah diedit menjadi gambar piramid diliputi salji itu juga sebenarnya sudah bukanlah baru seperti yang diperkatakan ramai, tetapi ia adalah gambar dari setahun yang lalu. Gambar bangunan pada latar belakang gambar tersebut adalah bandar lama Cairo.

Baca juga:  Fenomena Tsunami Ombak Ais

Salji sememangnya turun pada hari Jumaat berdekatan dengan Bandar Baru Cairo, tetapi cuaca musim sejuk itu tidak cukup untuk menutupi pyramid mahupun spinx yang merupakan monumen popular di Mesir. Orang Mesir bangun dengan lapisan salji nipis untuk kali pertama dalam seratus tahun.

Gambar cuaca yang pelik dan jarang berlaku itu tersebar dengan cepat pada hujung minggu termasuklah gambar seekor unta yang keliru berbaring dalam salji.

Dengan adanya media sosial dan pengaruhnya yang hebat, kita sekarang sudah kekurangan daya untuk membezakan yang mana realiti dan fantasi, yang mana benar yang mana palsu. Moga orang yang tidak bertanggungjawab menyebarkan gambar yang fake ni bertaubat dan berubah. Amiin

Ps- salji dah turun di Mesir, adakah ini tanda kiamat sudah terlalu hampir? Astaghfirullahalazim. Moga kita sentiasa dalam kalangan orang yang beriman, di dunia dan di akhirat. Insya ALLAH.

Wassalam.

Incoming search terms:

If you enjoyed this post, you should read this: People

Fuh! Gambar Piramid Diliputi Salji, Benar Ke Bohong?
muja

Nota: