Fuh! Betapa Untungnya Lelaki Berbulu Lebat

Fuh.My
Fuh.My – Mencetus Fenomena

Fuh! Betapa Untungnya Lelaki Berbulu Lebat

Lelaki berusia 34 tahun yang berasal dari wilayah Liaoning, China, dipenuhi bulu hampir ke 96 peratus badannya disebabkan masalah hormon. Namun, dia bernasib baik apabila kecacatan fizikal yang menyaksikannya dilabel ‘Lelaki Anjing,’ dan ‘Lelaki Zaman Batu’ itu mengundang rezeki apabila membawanya ke dunia lakonan seawal usia tujuh tahun selain sempat bergelar penyanyi.

Bagaimanapun, hasratnya menjadi aktor terkenal kecundang selepas pengarah drama ‘The Monkey King’ mengenepikannya kerana disifatkan sebagai tidak menarik.

“Saya ingatkan dengan keadaan saya yang menyerupai monyet dan nama jolokan ‘lelaki monyet’ itu memadai, tetapi tidak,” katanya yang dipetik media Britain, tidak lama dulu.

Di sebalik keinginannya menjalani kehidupan seperti insan lain, Yu ternyata sedih mengenangkan cemuhan yang pernah diterimanya hanya kerana berbulu terlalu lebat.

“Ketika kecil, ramai yang sering menghina saya. Mereka menggelar saya pelbagai nama – Orang Zaman Batu. Ada kalanya kerana terlalu geram, saya melawan dengan membaling batu.

“Saya juga sering menyisihkan diri dan suka berkurung dalam rumah. Saya malu kerana sering dicemuh. Namun lama kelamaan saya sedar, saya perlu tebalkan muka.

Namun lama kelamaan saya menyedari, tiada gunanya melayan kerenah mereka kerana pada kesudahannya, diri sendiri yang harus diutamakan. Pedulikan apa kata orang,” katanya.

Yu juga terpaksa menjalani lima pembedahan bagi membuang rerambut yang menutupi hidung selain rawatan memulihkan gusi serta giginya. Badannya diliputi purata 41 rerambut bagi setiap satu sentimeter persegi.

Dia juga pernah menjalani rawatan mengurangkan bulu matanya serta kening yang terlalu panjang hingga menutup matanya. Tidak cukup dengan itu, Yu juga terpaksa menjalani pembedahan membuang bulu dalam telinganya yang hampir menjadikannya pekak.

Biarpun kerap menjalani pembedahan, Yu tetap meneruskan kehidupannya dengan sikap optimis, termasuk mencari rezeki menyanyi di kelab malam dan pertunjukan pentas selain menggubah lagu.

Yang pasti, dirinya juga cukup bertuah kerana mendapat seorang isteri yang cantik, yang menerima Yu seadanya.

Fuh Betapa Untungnya Lelaki Berbulu Lebat 3 300x212 Fuh! Betapa Untungnya Lelaki Berbulu Lebat

Fuh Betapa Untungnya Lelaki Berbulu Lebat 1 285x300 Fuh! Betapa Untungnya Lelaki Berbulu Lebat

Fuh Betapa Untungnya Lelaki Berbulu Lebat 2 247x300 Fuh! Betapa Untungnya Lelaki Berbulu Lebat

Incoming search terms:

If you enjoyed this post, you should read this: Euw! Ibu Dan Anak Nekad Hendak Berkahwin Kerana Cinta

Fuh! Betapa Untungnya Lelaki Berbulu Lebat
Dr Fuh

Nota: