Fuh! Anjing Menjadi Ibu Susuan Anak Harimau

Fuh.My
Fuh.My – Mencetus Fenomena

Fuh! Anjing Menjadi Ibu Susuan Anak Harimau | Assalaamualaikum warahmatullahi wabarakaatuh. Alhamdulillah, Teacher Muja berkesempatan lagi berkongsi di sini. Kali ni kita bercakap pula tentang kasih sayang. Suka la tu icon biggrin Fuh! Anjing Menjadi Ibu Susuan Anak Harimau

Semua makhluk Allah memerlukan kasih sayang. Kasih sayang Allah yang tidak terbataslah yang membolehkan kita hidup dengan aman selama ini. Satu sahaja yang Teacher Muja nak tekankan di sini, kasih sayang yang ada di dunia ini melampaui perbezaan spesies, kulit, jantina, darjat dan sebagainya. Tak percaya? Baiklah. Jom kita tengok kasih sayang antara anjing dengan anak harimau. Pelik tapi benar? Percayalah.

Seekor harimau Siberia melahirkan dua ekor anak pada bulan November tetapi tidak menyusukan mereka. Tugas itu kemudiannya diambil alih oleh seekor anjing yang baru sahaja melahirkan tiga ekor anak. Jadi, anjing tersebut mempunyai 5 ekor anak.

Dog acts as surrogate mother 2955605 300x200 Fuh! Anjing Menjadi Ibu Susuan Anak Harimau

Ini adalah masa menyusu sederhana untuk dua ekor nak harimau Siberia yang telah diberikan seekor anjing sebagai ibu susuan mereka. Sudah rezeki mereka untuk menyusu daripada seekor anjing. Istimewa bukan? Nasib baik untuk mereka.

Dog acts as surrogate 2955608 300x199 Fuh! Anjing Menjadi Ibu Susuan Anak Harimau

Terbukti, anjing dan kucing boleh hidup bersama-sama apabila anak harimau itu boleh berkongsi ibu baru mereka yang pada masa yang sama mempunyai 3 ekor anak. Ibu harimau melahirkan sepasang anak itu pada bulan November tetapi tidak mahu menyusukannya menyebabkan penjaga zoo terpaksa mencarikan anak harimau itu ibu tumpang berdekatan.

Dog acts as surrogate mother to Siberian tiger cubs 2955609 300x199 Fuh! Anjing Menjadi Ibu Susuan Anak Harimau

Anjing ini dibawakan kepada keluarga barunya dari sebuah kampung berdekatan untuk menyelamatkan harimau itu. Anak harimau dan anak anjing itu selalu berebut untuk mendapat giliran menyusu. Harimau membesar dengan jauh lebih cepat. Jadi keadaan ini tidak mengambil tempoh masa yang lama.

Dog acts as surrogate 2955610 300x200 Fuh! Anjing Menjadi Ibu Susuan Anak Harimau

Ternyata, ini bukanlah kali pertama seekor anjing dijadikan sebagai ibu angkat. Seekor anjing Shar Pei yang dinamakan sebagai Cleopatra menyusukan dan membersihkan dua ekor anak harimau Sibera pada bulan Jun tahun lepas. Anak harimau itu yang dinamakan Clyopa dan Plyusha juga tidur di sebelah ibu barunya itu.

Terbuktilah yang kasih sayang ada di mana-mana. Kalau haiwan boleh mengasihi spesis lain seperti anjing dan harimau ini, mengapa manusia tidak boleh? Manusia boleh berkasih sayang selagi kita mengamalkan sikap toleransi dan mengelakkan sifat pentingkan diri sendiri.

Hiduplah untuk diri sendiri dan juga orang lain kerana kita hidup dalam komuniti. Kita hidup saling memerlukan.  Insya Allah, kehidupan kita akan menjadi lebih bermakna. Wassalaam.

If you enjoyed this post, you should read this: Kejam !! Gambar Hukuman Bagi Pesalah Parking Kereta di Jepun

Fuh! Anjing Menjadi Ibu Susuan Anak Harimau
muja

Nota: