Fuh.My
Fuh.My – Mencetus Fenomena
5 Festival Yang Tidak Boleh Dilepaskan Seumur Hidup | Assalaamualaikum warahmatullahi wabarakaatuh. Teacher Muja sebenarnya sangat suka kalau diberikan peluang untuk merasai perkara-perkara baru dalam hidup. Setiap pengalaman baru menyebabkan hidup kita lebih bermakna bukan? Setiap kali melakukan sesuatu yang baru, kita akan menambahkan ilmu secara tidak langsung.
Apa pendapat kamu kalau kita diberi peluang untuk memilih untuk mengalami sesuatu yang baru iaitu festival menarik yang diadakan di seluruh dunia? Festival mana yang akan kamu pilih? Di bawah ini adalah senarai 5 festival yang tidak boleh dilepaskan seumur hidup kalau betullah kita diberi peluang untuk memilih. Fuh! Peluang keemasan yang tidak datang dua kali.
1. Holi
Holi adalah festival warna. Festival ini adalah festival keagamaan kuno yang sudah popular di seluruh dunia dan tidak dihadkan untuk Asia Selatan sahaja lagi. Dalam festival warna ini, semua orang bermain, berkejaran, dan melemparkan pewarna ke arah satu sama lain menyebabkan holi menjadi festival paling warna-warni di dunia untuk diraikan. Festival holi dah biasa Teacher Muja tengok dalam filem Mohabbatein.
2. Tomorrowland
Tomorrowland adalah salah satu festival muzik elektronik terbesar yang diadakan di Belgium. Semenjak 2005, setiap tahun, ribuan peminat muzik khayalan dari seluruh dunia akan berkumpul untuk meraikan muzik dengan cara yang unik. Jika kamu antara peminat muzik elektroni, festival ini adalah fesitival yang tidak boleh dilepaskan. Teacher Muja suka muzik balada. Memang diriku ini jiwang. Huhuu
3. La Tomatina
La Tomatina adalah sebuah festival yang diadakan di Bunol, Sepanyol. Bunol adalah sebuah bandar yang terletak 30km dari Mediterranean, di mana pesertanya akan melempar buat tomato dan terlibat dengan perang tomato semata-mata untuk berhibur. Teacher Muja dulu tak suka tomato, tapi sekarang dah boleh makan dah terutama dalam tomyam. Sedap woo!!
4. Burning Man
Burning man adalah sebuah acara tahunan yang berlangsung selama seminggu yang diadakan di Nevada, USA. Ia mengambil nama sempena ritual membakar patung kayu yang sangat besar. Acara ini digambarkan sebagai eksperimen dalam komuniti, seni, ekspresi diri yang radikal dan keserian diri yang radikal. Agak seram juga nama festival ni. Huhuu
5. Oktoberfest
Oktoberfest adalah acara yang terbesar di dunia yang menjadi acara tahunan di Munich, Jerman. Ia adalah festival 16 hari yang berjalan dari penghujung September hingga ke hujung minggu yang pertama oleh lebih dari 6 juta peserta yang datang dari seluruh dunia yang datang menyertainya setiap tahun.
Menarik bukan? Ingat tak? Kalaulah Teacher Muja boleh memilih untuk menyertai salah satu dari acara ini, Teacher Muja akan memilih Tomorrowland. Macam best je festival muzik ni. Kamu pula bagaimana?
Wassalaam
If you enjoyed this post, you should read this: safecss
FUH! 5 Festival Yang Tidak Boleh Dilepaskan Seumur Hidup
muja