Fuh! 10 Fakta Serigala Yang Jarang Diketahui.

Fuh.My
Fuh.My – Mencetus Fenomena

Fuh! 10 Fakta Serigala Yang Jarang Diketahui | Setelah kejayaan siri Twilight, serigala menjadi satu popular dan dikenali ramai. Ada yang makin menyayangi haiwan yang kelihatan sangat ganas ini dan ada juga yang semakin benci walaupun mereka tidak pernah menjumpai makhluk Allah yang satu ini. Biasalah, manusia suka menghakimi.

Seperti dalam The Game Of Thrones, serigala ini digambarkan boleh dipelihara dan hal ini menunjukkan yang serigala bukan sahaja boleh dijinakkan tetapi lebih daripada itu. Terdapat banyak perkara yang kita tidak perasan tentang spesis serigala ini dan artikel ini adalah untuk memberitahu anda. Teacher Muja pun baru tahu. Jom baca. icon biggrin Fuh! 10 Fakta Serigala Yang Jarang Diketahui.

Serigala Hibrid

hybrid wolf 400x300 300x225 Fuh! 10 Fakta Serigala Yang Jarang Diketahui.

Semakin lama, bilangan serigala semakin sedikit. Terdapat sebilangan besar anjing hutan di luar sana dan apabila mereka diuji, 20% daripada mereka adalah dari keturunan serigala. Mereka ini adalah hibrid yang lebih besar daripada anjing hutan biasa.

Kannibalism

cannibal wolves 400x268 300x201 Fuh! 10 Fakta Serigala Yang Jarang Diketahui.

Kanibalism tidak hanya terhad kepada manusia semata. Serigala tidak akan meninggalkan serigala yang sedang nazak begitu sahaja. Mereka akan memakannya hidup-hidup. Disebabkan ini, pemburu perlu mengambil serigala yang sudah terperangkap sebelum serigala lain memakannya.

Serigala Hitam

Black wolf 400x266 300x199 Fuh! 10 Fakta Serigala Yang Jarang Diketahui.

Semestinya ramai antara kita pernah mendengan tentang serigala hitam. Fakta menarik mengenai serigala hitam adalah, mereka tidak wujud secara semulajadi tetapi mereka jadi begini kerana mengawan dengan anjing!

Serigala Amerika

American wolf 400x251 300x188 Fuh! 10 Fakta Serigala Yang Jarang Diketahui.

Dikatakan bahawa serigala di Amerika adalah kurang berbahaya kepada manusia berbanding serigala di negara-negara Eropah. Mereka kurang ganas dan kurang keinginan untuk membunuh manusia berbanding di Eropah dan Asia. Serigala sopan santun ni.

Pemakan Anjing

Dog eating wolf 300x196 Fuh! 10 Fakta Serigala Yang Jarang Diketahui.

Walaupun terdapat serigala yang mengawan dengan anjing yang menghasilkan serigala hitam, tetapi serigala tetap menyukai anjing sebagai makanannya. Tidak kiralah betapa rapat pun dua spesies ini, makanan tetap makanan. Sedap benar nampaknya.

Pemakan Manusia

Wolves wolves 400x300 300x225 Fuh! 10 Fakta Serigala Yang Jarang Diketahui.

Suatu masa apabila keadaan dan situasi menjadi haru biru dan kelihatan badan manusia di penjuru-penjuru bandar, serigala datang untuk memakan mayat itu. Bukanlah salah mereka apabila terlalu banyak daging segar bergelimpangan merata-rata. Rezeki jangan ditolak.

Fungsi Penyakit Cacar

smallpox wolf 400x282 300x211 Fuh! 10 Fakta Serigala Yang Jarang Diketahui.

Suatu ketika dulu, apabila penyakit cacar merebak dengan hebatnya, berjuta-juta mayat bergelimpangan di atas tanah menyebabkan selera serigala membuak-buak untuk memakan daging manusia. Sekali lagi, bukanlah salah mereka jika makanan terhidang untuk mereka.

Makan Hidup-hidup

wolf france 300x200 Fuh! 10 Fakta Serigala Yang Jarang Diketahui.

Serigala menyerang secara berkumpulan, mencederakan mangsa sehingga jatuh ke tanah tanpa mampu berbuat apa-apa. Kemudian, mereka tidak menunggu mangsa mati tetapi makan mangsa semasa mangsa masih lagi hidup!

Penyakit Anjing Gila

rabid wolf 400x263 300x197 Fuh! 10 Fakta Serigala Yang Jarang Diketahui.

Serigala tidak dijangkiti penyakit anjing gila dengan sendiri tetapi mendapatnya daripada haiwan lain. Apabila dijangkiti, tiadalah lagi fasa kekeliruan, mereka terus mengganas dan membunuh.

Berat Yang Melampau

heavy wolf 400x300 300x225 Fuh! 10 Fakta Serigala Yang Jarang Diketahui.

Semakin jauh daripada garisan khatulistiwa, semakin beratlah seekor serigala itu. Saiz maksimum seekor serigala boleh mencapai sehingga 200 pound!

Walau bagaimana menakutkan pun sesuatu makhluk, kita sebagai manusia yang juga makhluk Allah tidak harus membenci mereka. Siapa kita untuk menghina makhluk Allah? Jagi, sayangilah sesiapa sahaja walaupun berlainan spesies. Bukankah kasih sayang itu tidak terbataskan oleh apa-apa pun? Wassalaam.

Incoming search terms:

If you enjoyed this post, you should read this: safecss

Fuh! 10 Fakta Serigala Yang Jarang Diketahui.
muja

Nota: