Flipboard Mengambil-Alih Aplikasi Majalah Sosial – Zite

Flipboard sedia digunakan ramai dalam mengikuti kandungan daripada pelbagai laman dalam bentuk majalah pada telefon pintar dan tablet. Kini, dalam usaha terus mengukuhkan kedudukan mereka, Flipboard dilihat mengambil-alih salah satu aplikasi dengan konsep serupa – Zite.

Zite sedikit berbeza dengan Flipboard, dimana ia mempunyai algoritma pembelajaran sendiri – dan memaparkan kandungan yang menarik minat anda dari web terus pada peranti anda.

Zite sebelum ini telah dibeli oleh CNN, dan kini Flipboard dilaporkan membelinya daripada CNN pada harga mencecah $60 juta.

Flipboard turut mengatakan mereka akan menamatkan sokongan kemaskini untuk Zite, dan beberapa fungsi aplikasi berkenaan bakal diintegrasikan ke Flipboard tidak lama lagi.

Nota: