Flipboard Memperkenalkan Sokongan Widget Dan Badge Untuk Profil

Flipboard sedia digunakan ramai pengguna seluruh dunia dalam mengikuti pelbagai artikel menarik pada peranti mudah-alih dan juga pelayar web. Terkini, pembangunnya turut memperkenalkan sebuah fungsi baru membolehkan pengguna menambah widget dan badge pada blog atau web mereka.

Melalui badge, ia akan membolehkan pengguna memperlihatkan kandungan yang dikongsikan mereka, sekaligus memudahkan pengunjung laman seseorang pengguna itu mengikuti perkongsian artikel seseorang itu dengan lebih mudah.

Kesemua widget yang dipaparkan ini akan dikemaskini secara automatik berdasarkan kepada kemaskini pada Flipboard tersebut sendiri.

Bagi mereka yang ingin menambah widget atau badge ini pada web mereka, boleh ke halaman Flipboard Share, dan mendapatkan kod anda sendiri hari ini.

Nota: