Firman Penggodam Telefon Pintar Cellebrite Menjadi Mangsa Godaman

Tahun lalu Apple menerima arahan dari mahkamah Amerika Syarikat untuk membantu pihak berkuasa untuk menyahsulit iPhone 5C milik pengganas San Bernadino. Apple enggan memberikan kerjasama kerana tidak mahu sistem penyulitan mereka digunakan untuk mencuri maklumat milik pelanggan oleh kerajaan. Ini memaksa pihak FBI untuk menggunakan perkhidmatan menggodam telefon pintar Cellebrite, yang berpangkalan di Israel.

Ironi hari ini ialah mereka baru sahaja menjadi mangsa godaman. Laman Motherboard mengesahkan mereka menerima data sebesar 900 Gigabyte yang berjaya digodam oleh pihak ketiga.Maklumat yang digodam adalah dalam bentuk maklumat pelanggan, pangkalan data dan sejumlah besar data teknikal mengenai produk Cellebrite ini.

Ia turut mendedahkan selain pihak berkuasa Amerika Syarikat, produk Cellbrite turut digunakan oleh pihak berkuasa Russia, Turki dan Emiriah Arab Bersatu. Cellebrite telahpun meminta pengguna untuk menukar kata laluan mereka secepat mungkin.

| Artikel penuh | Tech lain


Widget not in any sidebars

Nota: