FIFA 15 Ultimate Team Sedia Dimuat-Turun Pengguna Android, iOS , Windows 8, Dan Windows Phone

EA sedia terkenal dengan permainan bola-sepak FIFA mereka, dan terkini mereka telah melancarkan FIFA 15 Ultimate Team untuk pelbagai platform – dimana ia ditawarkan secara percuma dan hadir dengan sokongan pembelian dalam-aplikasi.

FIFA 15 Ultimate Team

FIFA 15 Ultimate Team

Melalui permainan ini, anda akan diberikan peluang untuk memilih pasukan dan mendapatkan pemain dibawah anda. Anda kemudiannya boleh menguruskan pasukan dengan memilih pemain, selain mana turut memainkan perlawanan bola sepak antara pasukan anda dan pasukan lawan – ataupun menggunakan sokongan simulasi untuk melihat bagaimana pasukan anda beraksi.

Seperti kebanyakkan permainan, ia turut hadir dengan sokongan pembelian dalam-aplikasi untuk anda membeli beberapa perkara dalam menjadikan pasukan anda berkembang dengan lebih pantas.

Nota: