Feri Karam Di Korea – Penyelam Maut Semasa Misi Mencari

Fuh.My
Fuh.My – Mencetus Fenomena

Feri Karam Di Korea – Penyelam Maut Semasa Misi Mencari | Seorang penyelam maut ketika menjalankan kerja-kerja mencari dan menyelamat mangsa di dalam kejadian feri karam di Korea Selatan yang berlaku pada 16 April lalu.

Lelaki tersebut dikenali sebagai Lee, 53 baru menyertai misi menyelam tersebut buat pertama kali dan kemudiannya mengalami kesukaran bernafas setelah mencecah kedalam 25 meter, kata jurucakap pengawal pantai Ko Myung-Suk.

Tambah Ko lagi, Lee kemudiannya tidak sedarkan diri dan disahkan meninggal dunia sejurus selepas tiba di hospital.

Laporan penuh mengenai insiden tersebut belum dikeluarkan namun, agensi berita Yonhap melaporkan bahawa Lee merupakan ahli veteran dari sebuah syarikat swasta, Undine Marine Industries iaitu sebuah syarikat pakar dalam kerja menyelamat maritim.

Lee merupakan mangsa pertama dikalangan penyelam dan telah ditugaskan untuk mencari dan mengesan mayat dari feri karam tersebut.

Kerja-kerja menyelamat menghadapi kesukaran dari segi keadaan cuaca dan air laut.

10 daripada penyelam sebelum ini telah menerima rawatan kerana mengalami keletihan yang teruk dan penyahmampatan.

Sewol, feri penumpang terbesar, karam bersama 476 penumpang -kebanyakkan daripada mereka kanak-kanak sekolah – dalam perjalanan menuju ke selatan pulau peranginan Jeju pada 16 April lalu.

Kejadian berkenaan telah menyebabkan Perdana Menteri Korea Selatan Chung Hong-Won meletak jawatan kerana bertanggungjawab ke atas insiden yang menyebabkan lebih 300 orang terkorban dan hilang.

Ansan merupakan wilayah dimana terletaknya Sekolah Menengah Danwon dimana 260 pelajarnya merupakan mangsa utama dalam tragedi feri karam ini.

Misi mencari dan menyelamat sebelum ini dikecam kerana didakwa lambat bertindak hingga menyebabkan risiko kematian yang lebih tinggi.

Sumber

Incoming search terms:

If you enjoyed this post, you should read this: Artikel

Feri Karam Di Korea – Penyelam Maut Semasa Misi Mencari
Dr Fuh

Nota: