Fenomena Ribuan Ikan Naik Ke Daratan Di Lahad Datu Terungkai

Fuh.My
Fuh.My – Mencetus Fenomena

Fenomena Ribuan Ikan Naik Ke Daratan Di Lahad Datu Terungkai | Assalamualaikum dan selamat sejahtera Dr Fuh ucapkan kepada para pembaca yang dikasihi dan dihormati sekalian. Semalam kecoh tentang berita ribuan ikan melompat ke darat di Lahad Datu. Ikuti laporan penuh dan punca berlakunya perkara ini. Baca hingga habis!

Gempar! Heboh ketika ini di daerah Lahad Datu, Sabah apabila penduduk kampung di Pulau Tambisan mendapati ikan laut muncul dengan banyak berhampiran daratan. Ramai yang mengatakan fenomena pelik ini menunjukkan tanda-tanda yang kurang baik bakal terjadi tidak lama lagi di kawasan tersebut.

ikan tamban lahad datu Fenomena Ribuan Ikan Naik Ke Daratan Di Lahad Datu Terungkai

Sebelum ini, Kejadian Tsunami yang berlaku di Acheh pada 26 Disember 2004 turut mencatatkan tanda-tanda pelik sebelum berlakunya bencana alam tersebut. Haiwan-haiwan ternakan dan peliharaan menunjukkan tingkah laku pelik. Malah para nelayan turut mengatakan hidupan laut dalam telah muncul di persisiran pantai.

Yang amat pelik, Ribut Greg yang mengorbankan ramai penduduk di Keningau, Sabah juga berlaku pada 26 Disember 1996.

kejadian ini pula berlaku pada 24 Disember 2013. Adakah tanda-tanda yang berlaku di Lahad Datu ketika ini juga akan terjadi bencana alam pada tarikh yang sama, 26 Disember kejadian-kejadian bencana yang besar sebelum ini berlaku? Wallahualam….

VIDEO Fenomena Ribuan Ikan Naik Ke Daratan Di Pantai Pulau Tambisan Lahad Datu, Sabah

Jawapan Ketua Kampung di Tanjung Labian Tentang Fenomena Ribuan Ikan Naik Ke Daratan Di Lahad Datu

“Sekarang musim ikan tamban memang banyak, Kejadian tu hanya dari spesis ikan tamban sahaja dan memang akan berlaku apabila musim ikan spesis itu tiba. Cuaca di Lahad Datu buat masa sekarang baik. Kejadian sebegini telah berlaku beberapa kali dalam bulan ini.”

Sumber

Wallahualam!

Dr Fuh – Sama-sama kita berdoa agar tiada bencana yang akan berlaku di Lahad Datu atau mana-mana kawasan sekitarnya.

Incoming search terms:

If you enjoyed this post, you should read this: MusicRecording

Fenomena Ribuan Ikan Naik Ke Daratan Di Lahad Datu Terungkai
Dr Fuh

Nota: