Facebook Menguji Integrasi Notifikasi Antara Facebook Messenger Dan Instagram

Facebook pada hari ini mempunyai sejumlah aplikasi popular dibawah mereka, termasuk Instagram, Messenger, WhatsApp dan sebagainya. Terkini, gergasi sosial berkenaan dilihat sedang menguji ciri baru yang mengintegrasikan keluarga aplikasi mereka antara satu sama lain, sekaligus membawa pengguna dari satu aplikasi yang lain serta meningkatkan penggunaannya.

Daripada apa yang dilihat, Facebook kini sedang menguji integrasi notifikasi antara Messenger dan juga Instagram – dimana ia memaparkan angka notifikasi dari satu aplikasi ke yang lain. Ia dipaparkan oleh Facebook apabila pengguna tap pada ikon profil pengguna di Facebook, Messenger atau Instagram.

Facebook sendiri mengesahkan ujian ini, dan mengatakan mereka ingin memudahkan pengguna untuk beralih dari Facebook, Messenger dan Instagram antara satu sama lain.

Secara tidak langsung, ini akan meningkatkan lagi penggunaan produk Facebook dalam sesuatu hari, dan mengikat mereka dibawah keluarga produk Facebook sahaja untuk pelbagai kemaskini.

Buat masa ini, ia sekadar ujian sahaja, dan tidak diketahui sama ada bakal diperkenalkan secara rasmi kepada semua atau tidak.

| Artikel penuh

| Muka terdahulu | Tech lain

Nota: