Facebook Memperkenalkan Fungsi Instant Video Pada Messenger

Facebook Messenger merupakan salah satu platform permesejan dan komunikasi yang dimiliki oleh Facebook, selain daripada WhatsApp. Sejak daripada tahun lepas, Messenger telah beroperasi sebagai sebuah platform berasingan yang membolehkan Facebook menyertakan sejumlah fungsi baru padanya.

Terkini, hari ini Facebook turut mengumumkan sebuah lagi fungsi baru, dinamakan sebagai Instant Video. Melaluinya, ia merupakan sebuah fungsi pelengkap dan lebih memudahkan berbanding dengan panggilan video – yang turut terdapat pada Facebook Messenger.

Facebook mengatakan melalui Instant Video, ia membolehkan pengguna berkongsi detik-detik menarik dengan pantas – dan kembali berkomunikasi seperti biasa melalui Messenger.

Menggunakannya, pengguna boleh tap pada ikon video pada bila-bila masa, dan seterusnya berkongsi video panggilan ataupun menggunakan kamera untuk memaparkan sekitar anda. Facebook tidak mengaktifkan sokongan audio ketika Instant Video ini, tetapi ia boleh diaktifkan secara manual. Sebaik sahaja selesai berkongsi sesuatu detik, pengguna boleh kembali untuk menghantar dan menerima teks, gambar dan sebagainya seperti biasa. Ini juga boleh dijadikan sebagai salah satu perkongsian panggilan video satu arah, ataupun kepada kedua-dua arah. Video yang dipaparkan pula hadir dalam bentuk sebuah tetingkap kecil di atas tetingkap Messenger sedia ada.

Untuk menggunakannya, pengguna hanya perlu mengemaskini aplikasi Messenger di iOS dan Android ke versi terbaru, dan menikmati fungsi Instant Video ini.

| Artikel penuh | Tech lain


Widget not in any sidebars

Nota: