Facebook Memperkenalkan Fungsi Baru Menghalang Penyalahgunaan Gambar Profil

Meletakkan gambar sebenar pada profil media sosial ialah kebiasaan bagi kebanyakan pengguna bagi memudahkan mereka dikenali di dunia sebenar. Tetapi malang sekali gambar profil yang digunakan boleh disalahguna untuk menghasilkan akaun palsu untuk tujuan hasad dan penipuan. Facebook telah memperkenalkan fungsi baru yang menghalang penyalahgunaan gambar profil pengguna.

Menerusi fungsi baru ini pengguna tidak boleh memuat turun gambar yang ditetapkan sebagai gambar profil. Fungsi screenshot turut akan dinyahaktifkan apabila gambar profil terpapar pada skrin. Perkongsian gambar di dalam rangkaian Facebook juga dihalang. Facebook turut menyertakan fungsi watermark pada gambar yang menyukarkan lagi gambar dari dicuri. Buat masa ini fungsi ini hanya diaktifkan kepada pengguna di India.

| Artikel penuh

| Muka terdahulu | Tech lain

Nota: