Facebook sedia dikatakan beberapa kali sebelum ini yang mana mereka akan hadir dengan perkhidmatan pengiklanan mereka tersendiri. Hari ini, pada acara F8, Facebook secara rasminya memperkenalkan Facebook Audience Network.
Melaluinya, Facebook ingin memudahkan para pembangun dalam menjana wang daripada aplikasi mereka, dimana mereka hanya perlu memasukkan kod khusus, dan Facebook akan menguruskan perkara lain.
Daripada apa yang dikongsikan Facebook, iklan tersebut akan ditawarkan dalam tiga format, iaitu Banner, Interstitial, dan juga Native.
Pengenalan perkhidmatan baru ini juga sekaligus akan menambah lagi cara Facebook menjana wang, dimana kini selain daripada hanya bergantung kepada perkhidmatan mereka untuk memperlihatkan iklan, mereka juga turut boleh menggunakan medium yang lain – selain pada masa yang sama memudahkan pembangun menjana wang tambahan.
Untuk mereka yang berminat, boleh mendaftarkan diri untuk percubaan beta yang akan dimulakan tidak lama lagi.