Facebook Memperkenalkan Aplikasi “Mentions” Untuk Pengguna Dengan Profil Yang Disahkan

Seperti pada Twitter, pihak Facebook turut menawarkan profil yang disahkan (verified) untuk orang kenamaan dan popular seperti pelakon, atlet, ahli politik dan sebagainya. Dalam usaha memudahkan mereka berinteraksi dengan pengguna umum, kini Facebook menawarkan sebuah aplikasi baru dinamakan sebagai Facebook Mentions.

Facebook Mentions

Melalui aplikasi ini, ia memudahkan mereka untuk mengikuti apa yang diperkatakan ramai mengenai mereka, disamping turut berinteraksi dengan pengguna umum. Disamping itu, aplikasi sama juga turut menawarkan fungsi untuk membuat soal-jawab secara langsung dengan pengguna, selain memudahkan mereka berkongsi gambar dan video menggunakannya.

Aplikasi ini dibangunkan oleh bahagian Creative Lab di Facebook yang turut membangunkan aplikasi Slingshot sebelum ini. Buat masa ini, Facebook Mentions hanya ditawarkan untuk mereka yang mempunyai profil yang disahkan di Amerika Syarikat sahaja, dan dijangka akan diperluaskan ke seluruh dunia dalam bebrapa bulan lagi.

Nota: