Facebook Kini Membolehkan Pages Memperlihatkan Nama Menggunakan Pelbagai Bahasa

Facebook selain mula memaparkan nama pentadbir pada Facebook Pages, mereka juga turut menambah satu lagi fungsi baru, membolehkan sesuatu Pages memperlihatkan nama mereka menggunakan pelbagai bahasa yang berbeza.

Facebook Pages Name

Facebook Pages Name

Daripada apa yang dilihat, ia menyokong bahasa Arab, Jepun, Korea, dan juga Cina, selain turut memaparkan nama dalam penggunaan abjad “ABC” seperti biasa.

Pengenalan fungsi ini sekaligus membolehkan sesuatu Facebook Pages itu lebih mendekati pengguna di sesuatu negara yang menggunakan bahasa utama mereka untuk tujuan komunikasi dan sebagainya.

Bagi pentadbir laman Facebook Pages, anda boleh membuat perubahan dan penambahan pilihan nama ini dengan ke halaman tetapan Facebook Pages anda. Seperti biasa, penambahan hanya dibenarkan sekali sahaja, dan tiada perubahan yang dibenarkan selepas itu.

Nota: