Facebook Kini Membenarkan Gambar Ibu Menyusukan Bayi Dimuat Naik

Polisi penapisan gambar Facebook sebelum ini tidak membenarkan kaum ibu untuk memuat naik gambar mereka menyusukan bayi. Ribuan gambar ibu memberikan susu badan kepada anak mereka dipadamkan oleh Facebook kerana dikategorikan sebagai imej lucah. Polisi ini menimbulkan kemarahan kaum ibu yang merasakan gambar mereka memberi anak mereka makan seperti ini adalah semula jadi dan bukanlah sesuatu yang harus dikategorikan sebagai pornografi. Beberapa laman Facebook dibuka bagi memohon Facebook merubah polisi mereka ini dan ribuan gambar dengan hashtahg #FreeTheNipple. Perubahan polisi ini dilakukan secara senyap-senyap tiga minggu yang lalu. Sungguhpun paparan gambar ibu menyusu kini tidak lagi melanggar polisi Facebook, gambar wanita tidak menutup buah dada sungguhpun untuk tujuan seni masih lagi diharamkan.

Adakah anda bersetuju dengan perubahan polisi ini? Secara peribadi kami tiada masalah dengan paparan gambar ibu menyusukan bayi. Sekiranya anda terangsang dengan paparan gambar seperti ini kami rasakan ada sesuatu yang tidak berfungsi dengan optimum pada otak anda. Sila jangan mencari bahan di Facebook mulai hari ini tetapi silalah ke laman-laman “aneh” dari Jepun bagi memenuhi keperluan Jiraiya Ero-Sennin anda.

breastfeedingSumber Time

 

 

 

Nota: